Search This Blog

Tuesday, 6 March 2012

Tarbiah dan Penangannya


Tarbiah dalam sudut pandang Islam merupakan satu entiti yang sangat penting dan bernilai. Tarbiah seumpama terikat padu dengan Islam tanpa ada ruang pemisah di antara keduanya. Ia menjadi objektif terbesar yang sentiasa berada dalam penilaian dan penelitian seseorang Muslim bagi menebarluaskan seruan untuk mengajak manusia kepada Allah. Intimnya Tarbiah dengan Islam merupakan kebanggaan dan keistimewaan yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana agama yang lain.

1)      Apakah yang dimaksudkan dengan Tarbiah?

Tarbiah merupakan satu istilah terbitan yang berasal daripada daftar Bahasa Arab yang dasar perkataannya diambil daripada perkataan (رَبِّى) yang bermaksud penambahan, peningkatan, pertumbuhan, perkembangan,  pembaikan, penyuburan atau pemeliharaan.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 276 :

ß,ysôJtƒ ª!$# (#4qt/Ìh9$# Î/öãƒur ÏM»s%y¢Á9$# 3 ª!$#ur Ÿw =Åsム¨@ä. A$¤ÿx. ?LìÏOr& ÇËÐÏÈ
Yang bermaksud, “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelumang dosa”.
Manakala makna dan maksud Tarbiah daripada sudut istilah ataupun therminology pula dapat kita fahami sebagaimana yang dinukilkan Muhammad Yunus dan Qasim Bakr dalam kitab At-Tarbiyah wa Ta’lim,
“Tarbiah bererti memberikan suatu pengaruh daripada seluruh keperluan yang diperlukan untuk membantu anak-anak agar membentuk jasmani, akal dan akhlak dengan bertingkat dan berterusan hingga memenuhi suatu target kesempurnaan yang semampunya agar anak-anak dapat hidup bahagia di dalam kehidupan individualnya serta sosialnya dan jadilah amal anak itu bermanfaat bagi masyarakat”.
Manakala menurut Dr. As Sayyid Muhammad Nuh pula, “Tarbiah adalah suatu amal yang wujud dengan berlainan cara dan perantara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam untuk melindungi manusia dan memeliharanya sehingga menjadi pemimpin (saayid) di dunia ini, untuk memimpin negeri dengan peribadatan yang sempurna kepada Allah Pemelihara sekalian alam”.
Tarbiah mempunyai pelbagai bentuk dan gayanya. Ada yang gemar membahagikannya kepada Tarbiah Jasadiah dan Ruhiah dan lain-lain bahagian. Itu merupakan kebebasan dan kejernihan di dalam berfikir akan tetapi satu perkara yang amat penting yang merupakan intipati sebenar daripada tarbiah adalah apa sahaja perkara yang dapat membuatkan manusia subur dan tumbuh dalam Islam dan bersifat dangan sifat seorang muslim sejati. Itulah sebenarnya yang diingini tarbiah sesuai dengan makna dan maksudnya.
Ringkas katanya, tarbiah merupakan aset penting dalam perjuangan memakmurkan Islam di dalam hati-hati manusia kesemuanya. Ramai yang memandang tarbiah sebagai entiti asing dalam agama Islam tetapi sebenarnya pandangan tersebut tidak tepat sama sekali.
2)      Apakah hubungan tarbiah dengan taklim, siasah, dakwah dan lain-lain?
Islam bukan sahaja membawa taklim, dakwah, siasah  mahupun atau lain-lain lagi, bahkan realitinya kesemua ini sebenarnya merupakan makna umum daripada tarbiah. Begitulah tingginya nilai dan kedudukan tarbiah dalam Islam.
Sebagaimana contoh, Islam menekankan taklim dalam perjuangannya dan menjadikan taklim sebagai salah satu agenda dalam memartabatkan Islam daripada sudut ilmu dan budaya. Akan tetapi taklim yang diingini dalam Islam adalah taklim yang senantisa merujuk kepada Allah dan batasan syariat-Nya, dengan kata yang mudah iaitu taklim yang berhiaskan tarbiah.
Berapa banyak yang kita temui para mualim ataupun guru yang mengajar hanya sekadar mahu menghabiskan silibus di dalam buku teks tanpa mensasarkan kebesaran Islam dan tuhannya. Maka tidak hairanlah sekarang ini lahir ramai insan yang cerdik pandai dalam bidang akedemik akan tetapi ropong hati dan jiwanya daripada Islam.
Nafas dan sinergi baru dalam taklim perlu diterapkan bersama, kerana selepas ini kita mahukan generasi pelajar yang hebat ilmu Sainsnya ditambah dengan kecintaan kepada Allah tuhan pencipta alam, dan kita juga inginkan para pelajar yang hebat ilmu Sejarahnya ditambah dengan kegaguman rentetan kisah para Rasul dan lain-lain lagi. Begitulah sebenarnya maksud tarbiah dalam penerapan bagi medium taklim.
Begitu jugalah perlunya penerapan tarbiah ini di dalam medium-medium lain seperti dakwah, siasah dan lain-lain yang tidak mampu dihuraikan kesemuanya satu persatu di sini. Namun kaedah dan bentuknya sama sebagaimana tindakbalas tarbiah kepada taklim di atas. Tiada dakwah mahupun siasah andai kata tarbiah diabaikan, kerana tarbiah itulah sebenarnya penyeri kepada dakwah, siasah mahupun lain-lainnya.  Begitu jugalah sebaliknya, jika hanya tarbiah yang dipegang tanpa dakwah dan siasah maka Islam tidak akan kemana.
Ringkasnya, tarbiah yang pertama manakala siasah, mahupun dakwah ataupun selainnya bukan yang kedua. Hakikatnya tarbiah, dakwah dan juga siasah perlu bergerak seiring. Tanpa mengenepikan mana-mana aspek yang lain.
Alfaqir ila Rabb