Search This Blog

Friday 29 April 2011

Teruskan perjuanganmu

                          
Lahirmu persis semua
Sama menangis kali pertama
Sama mendengar azan bangga
 Sama dilahir mereka yang setia

Kau dibuai tauhid ALWAHDAH
Sedang sahabatmu membesar gundah
Terikut tangan barat yang serakah
Laknatan ALQURAN dan ASSUNNAH.

Kau terbiasa hina dina duka
Ditertawa sahabatmu yang dahulu sama
Hari menyapa memakan usia
Tetap kau lemah fitnahnya

Ingat, jalan kejayaan liku laluannya
Kemanisan berjuang kitakan merasa
Jika tak didunia
Akhirat kelak timbunan pahala

Pedulikan cerca mereka
Si hati buta busuk kata
Jaga niat kita yang mulia
Ingin melihat umat berjaya
Biarlah nyawa korban kita
Asalkan kelak generasi kita kesyurga

Ya ALLAH tidak kami terdaya
Mengharungi azab yang membara
Beri kami kudrat di akhir bicara
Melafaz nama-namamu yang mulia
Tiada kami mahu selainnya
Kerana itulah tanda kami Berjaya

farasah_keyi@yahoo.com (khairi ismail )

25/4/11

No comments:

Post a Comment