Search This Blog

Thursday 5 May 2011

Mulailah...


Mula dengan diri kita

Tatkala saya masih muda bebas dan imaginasi saya tidak terbatas,
saya berangan-angan untuk mengubah dunia.

Apabila saya semakin dewasa dan bijak,
saya dapati dunia tidak akan berubah.

Lantas saya kecilkan impian saya
dan saya bercadang untuk mengubah Negara saya sahaja,
tetapi ini juga nampaknya tidak mungkin dilaksanakan.

Apabila saya memasuki usia tua, dalam satu cubaan yang terdesak,saya putuskan untuk hanya mengubah keluarga saya dan meraka yang terdekat dengan saya,
tetapi malangnya
tidak ada sesiapa pun yang ingin berubah.

Dan sekarang ketika saya terbaring di katil menunggu ajal
barulah saya sedar jika hanya saya terlebih dahulu cuba mengubah diri saya pastinya dengan contoh teladan itu akan mengubah keluarga saya.

Daripada inspirasi dan dorongan mereka
Kemungkinan saya akan dapat mengubah Negara saya
Dan siapa tahu…
Mungkin saya dapat mengubah dunia.

No comments:

Post a Comment