Search This Blog

Thursday 5 January 2012

Kenali Pengenalan Diri Anda


Sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita semua untuk sentiasa membawa ke mana sahaja kita pergi satu keping kad yang bernama kad pengenalan diri. Sekeping kad ini dijaga dengan sebaiknya mengalahkan wang kertas yang bernilai. Berhargakah kad yang nipis itu? Penting sangat ke pengenalan diri yang boleh ditukar ganti itu? Mungkin selepas ini soalan itu akan dijawab sendiri oleh anda, dan diharapkan jawapan anda itu membawa perubahan buat diri anda.

Dekat dalam bayangan kita bahawa dalam pengenalan diri tertera beberapa perkara berkaitan dengan peribadi seseorang. Nama, jantina, dan alamat. Banyak lagi yang disertakan dalam kad tersebut namun tiga perkara ini merupakan asas maklumat peribadi yang amat penting bagi seseorang individu dan diterterakan sejelasnya dalam pengenalan diri masing-masing tanpa disembunyikan.

Namun di sebalik pengenalan diri yang kita punyai sekarang ini ada satu hakikat dan gambaran yang seharusnya kita hayati dan kenalpasti. Hakikat ini akan diketahui dengan menjawab satu soalan ringkas ini terlebih dahulu, soalannya, "Bagaimanakah rupa pengenalan diriku di akhirat nanti?".

Jom kita selidik satu persatu pengenalan diri kita bermula dengan yang pertama iaitu nama. Nama merupakan saksi dan ganti susuk tubuh badan bagi seseorang. Telah banyak nama dipasakkan pada batang tubuh setiap seseorang bagi menggelarinya. Boleh jadi Adam, Aiman, Seng atau Lee.

Ruangan hidup di dunia menjadikan nama-nama dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu. Tiada halangan di alam dunia bagi memilihnya. Nama itu akan tetap dalam pengenalan diri selagi mana bergelar ahli dunia. Tetapi itu di dunia, di akhirat tidak pula begitu. Kelak di akhirat kita akan diberi dua pilihan nama lain yang baharu. Nama bagi keduanya adalah Muslim ataupun Kafir. Dua nama khas itu istimewa buat hamba-hamba Allah pada hari yang tiada keraguan padanya.

Cuba jangkakan nama anda kelak sekarang. Muslim atau kafir? Yang patuh ataupun yang ingkar? Sesungguhnya Allah telah jadikan di dunia ini dua macam golongan manusia sebagai mana firman Allah dalam surah Al Taghaabun ayat ke-2,

   uqèd Ï%©!$# ö/ä3s)n=s{ ö/ä3ZÏJsù ֍Ïù%Ÿ2 /ä3ZÏBur Ö`ÏB÷sB 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ÅÁt/ ÇËÈ  
Yang bermaksud, “Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua, maka ada sebahagian daripada kamu yang kafir (ingkar) dan sebahagian lagi mukmin (patuh), dan Allah maha melihat akan apa yang kamu kerjakan”.

Walaupun demikian pada manusia itu ada akal yang akan membawanya ke persimpangan tauhid. Pilihan akan jelas di hadapannya sama ada untuk memilih tauhid kepada yang Allah dan bergelar Muslim atau tauhid kepada selain Allah yang bererti Kafir. Seksaan dan ancaman keras bagi yang mempunyai akal akan tetapi tidak pernah ingin berfikir tentang siapakah penciptanya. Pilihan itu haruslah didasari ilmu dan bukannya nafsu atau dorongan pandangan zahir mata. Jadi di bahagian mana tauhid anda sekarang? Kerana nama anda di pengenalan diri pada hari akhirat nanti terletak di atas jawapan itu.

Kedua, mengenai perihal jantina. Manusia di batasi dengan dua jenis jantina sahaja iaitu lelaki ataupun wanita. Tiada yang ketiga kecuali dominan terhadap salah satu daripada dua jenis tadi. Lelaki dan wanita membentuk fizikalnya secara jelas dan tiada upaya kudrat manusia untuk menentukan kelahiran seseorang kepada jantina yang tertentu sahaja.

Nun jauh di akhirat juga sama keadaannya. Saat kebangkitan kembali manusia, setiap yang berjiwa di padang Mahsyar akan dibangkitkan dalam keadaan lengkap dalam dua jantina yang berbeza iaitu berjantina ahli ibadah ataupun ahli maksiat.

Perkataan lelaki mahupun wanita pada saat itu bagaikan dilupakan dan hanya anggota badan yang menjadi saksi kepada pembahagian baharu jantina manusia. Akan tetapi, dengan hanya sekilas pandang anda semua sebenarnya mampu membayangi jantina anda kelak berdasarkan apa yang telah anda lakukan pada masa dahulu dan apa yang anda lakukan sekarang. Maka jawab, ahli ibadat. atau ahli maksiat jantina anda kelak?

Sesungguhnya berbahagialah ahli ibadah dengan syurga ciptaan Allah dan sebaliknya bagi para ahli maksiat sebagaimana firman Allah berkaitan dengan janjinya,

¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ôMtR%x. öNçlm; àM»¨Zy_ Ĩ÷ryŠöÏÿø9$# »wâçR ÇÊÉÐÈ  
Yang bermaksud, “ Sesungguhnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah untuk mereka disediakan syurga firdaus sebagai tempat tinggal”.
( Al Kahfi : 107)

Ketiga dan terakhir adalah mengenai alamat. Di dunia, alamat tempat tinggal diperlukan bagi melengkapkan biodata penuh seseorang. Alamat di dunia mungkin tetap dan mungkin bagi sesetengah masyarakat alamat tempat tinggalnya banyak dek kerana sering kali berpindah.

Ada yang beralamat Kedah, Kelantan Pahang atau selainnya yang tidak terkira banyaknya. Itulah alamat ciptaan dunia buat kita. Namun, kita harus sedar bahawa alamat sebenar yang tertulis di atas pikulan semua hanyalah satu sahaja iaitu syurga. Hakikatnya kita berkongsi alamat yang sama. Asalan alamat yang diperturunkan oleh datuk moyang kita iaitu nabi Adam alaihissalam tidak akan pernah sesekali bertukar.

Sudah disepakati dan tiada masalah dalam penentuan asalan dari mana kita datang, akan tetapi alamat itu sendiri sebenarnya merujuk kepada suatu tempat yang kita akan singgahi dan pulang kembali pada suatu hari nanti. Tiada yang mampu menolak keinginan untuk berada di dalam syurga, namun layakkah kita? Cuba direnungkan dan difikirkan bersama apakah kita semua akan berjaya singgah dan menetap buat selama-lamanya di dalam syurga kelak ?

Wahai pemilik pengenalan diri, di dunia ini semua boleh diatur mudah segala perancangan namun di akhirat kelak segala perancangan kita tidak akan sekali-kali  menuruti kehendak dan kemahuan kita. Iman dan agama yang kita dukungi sekarang inilah penyelamat kepada segalanya. Lurus iman maka agama yang benar akan memuliakanmu akan tetapi andai sasar imanmu maka agamamu itu tidak akan menyelamatkanmu.

Semoga ketiga-ketiga butiran pengenalan diri anda di atas menjadikan anda mampu tersenyum dan terharu dengan anugerah Allah terhadap anda selama ini. Mana yang baik kekalkan dan tingkatkan manakala bagi yang buruk buangkan serta perbaharuinya dengan yang baik.

Jangan berbangga dengan pengenalan dirimu di dunia akan tetapi ciptalah dan milikilah pengenalan diri yang sohih sebagai pasport pemudah untuk anda memasuki tempat asalan anda kelak iaitu syurga. Amin.

Hamba yang kekurangan,
4 Januari 2012,
Uiam Gombak.

No comments:

Post a Comment