Search This Blog

Tuesday 3 May 2011

Kita punya HATI

kita punya hati,
jangan biarkan ianya mati,
mati si mati tidak seperti matinya hati,
mati si mati memberi erti,
menjadi ubat penawar diri,
buat si hidup yang punya hati.

Tapi sebaliknya pada hati yang mati,
ia amat sukar diubati,
bukan sahaja tidak memberi erti,
bahkan tidak pun mengerti.

WAHAI semua insan berhati,
Renungkan akan catitan ini,
tintaan dasaran daripada hati,
untuk semua supaya berhati.

Jangan tunggu datangnya mimpi,
tapi realitikanlah sekarang di muda hari,
untuk bagaimana menjaga seketul hati,
sebelum senja dijangkau nanti.

Didiklah akan hati,
ingatlah pada mati,
insyaALLAH syurga akan menanti...
(22/01/11)

No comments:

Post a Comment