Search This Blog

Monday, 25 April 2011

Pesan ku buat izzah


Pesan ku buatmu izzah
Pada nama jangan kau gah
Pada diri jangan kau berserah
Pada ibu ayah jangan kau sergah
Pada ALLAH PATUH SEMUA PERINTAH
Pada hati janganlah kau gundah

Ingat Pada keluarga kenangan terindah,
Syukur mereka mendidikmu gagah.
Dengan saudara jangan dipisah,
Walaupun kaya hidup mewah.
Pada kawan KASIH tak sudah,
Mereka temanmu senang dan payah.
Jangan dihina mereka yang lemah,
Walaupun berbicara tiada petah.

HIDUPLAH GEMBIRA TANPA RESAH
ITU HARAPAN IBU AYAH
SEMUA MATI AKAN KE TANAH
TaPI BIARLAH MATIMU BERSEJARAH
BUKTIKAN PADA AGAMA WAHAI IZZAH
DARAHMU JUGA MERAH
BIAR ITU penamat KISAH
KELAK TERUKIR NAMAMU WANITA SOLEHAH

PADAMU IZZAH
ANGGAPLAH INI HADIAH
IHKLAS WALAUPUN TIDAK INDAH
CUMA CATITLAH NAMAKU DALAM SATU KISAH
KISAH YANG BERTEMAKAN UHKUWAH
BUKAN SEBAGAI PENGARAH
 Tapi CUKUP SEBAGAI PELAKON TAMBAH
Agar persahabatan ini tiada bernoktah …


5/4/2011

No comments:

Post a Comment