Search This Blog

Saturday 30 April 2011

Tadi, di benaknya…



Tadi, aku ke pusat membeli belah Giant menemani kawanku Adam bagi menunaikan hajat hatinya yang telah lama menginginkan ku menemaninya untuk keluar membeli  disana. Takdir Allah di lusuri lembut kerana sememangnya itulah yang tertulis dalam kitab pelayaranku bahawa aku akan bersamanya di sedetik waktu itu. Adam yang tidak akan keluar ke Giant jika betul-betul terdesak dan memerlukan merupakan  seorang yang baik dan berjurus, percakapannya yang halus, pandai mengambil hati orang dan seorang yang ceria, cukup membuatkanku mengaguminya. Dia seoarang kawan yang ku senangi, namun kadang-kadang dirinya suka menyendiri. Erm aneh.

Imbas ku kembali…

Setiba di Giant

Aku : ramainya orang malam ni, tengok kereta pun dah tahu betapa sesaknya keadaan di dalam Giant nanti.
Adam: em, betul tu, penuh parking kereta, tapi biasalah tu hari minggu. Semua nak keluar beli barang.
Aku : “Alhamdulillah sampai juga akhirnya kita kat lantai Giant yang sudah lama anta tidak pijak ni Dam,” kata ku sambil gelak-gelak kecil.
Adam : em, yela tu. Lama tak datang ke sini, ada kedai yang baru buka nampaknya.
Aku : oh, Adam tak tahu lagi ek, tu kedai jam. Memang baru buka. Ana datang hari tu sempatlah tengok jam-jam yang dipromosikan. Kalau tidak silap, masa ana datang hari tu “third day” kedai ini dibuka. Bagus kualiti jam-jamnya.
Adam : Betul ke? Adam dah lama tak pakai jam. Selepas yang lama rosak hari tu sampai sekarang tak beli ganti lagi.
Aku : yeke, beli sekaranglah. Lagipun ada yang murah. Rm 30 ke atas pun ada.
Adam : murahnya, jom kita pergi tengok sekejap!

Aku dan Adam singgah di kedai jam yang baru dibuka lebih kurang tiga minggu itu. Banyak jam yang berjenama dan berkualiti dijual dengan harga yang berpatutan. Memang strategik tempat kedai jam itu beroperasi, ia berada dibahagian depan sekali dari muka pintu Giant yang besar itu. Sudah menjadi kebiasaan pengunjung akan singgah memerhati jam-jam yang megah mekar dibawah sinaran lampu neon kekuningan. Elok aku asyik memerhati jam casio berharga Rm299 yang ku rasakan sesuai digantikan dengan jam QQ ditangan kiriku ini tiba-tiba aku terperasan bahawa Adam khusyuk memandang satu jam bertali getah berwarna hitam yang dari jauh ku nampak tag harganya menunjukkan angka Rm65. Dengan segera aku melangkah ke arahnya kembali yang hampir  tiga langkah ku tinggalkan di belakang dek kepukauan terhadap  jam-jam mewah di balik cermin-cermin kaca.

Aku : Khusyuk nampak, nak ke?
Adam :  Betul la min cakap kualiti jam kat sini bagus-bagus. Puas hati kalau dapat beli ni. Em cantik kan jam ni?
Aku : cantik, belilah kalau anta nak.
Adam : em, tapi harganya Rm 65, kalau ikutkan duit yang ada ni cukup, tapi… tengoklah dulu.
Aku : “hah, eloklah tu, kena cepat beli, nanti habis stok,” balas ku melawak. “Tapi bahaya la side almari jam ni, dah la terbuka tanpa cermin penghadang, kat belakang jurujual pula tu. Senang sangat kalau ada orang nak curi, tak perasan orang ramai ni.” Sambungku lagi.
Adam: Betul tu, tengoklah dulu Dam jadi beli ke tidak. Min, Dam nak ke ruangan alat tulis kejap, Min nak ikut tak? Kalau Min ada nak beli apa-apa pergilah dulu, nanti sebelum balik kita jumpa dekat pintu pagar keluar yang kecil sebelah kiri tu ya, kalau ada apa-apa mesej tau.
Muhaimin: Em semua alat tulis ada stok lagi kat bilik, ok juga, ada nak beli barang cikit. Ok nanti ana mesej. Jumpa nanti ya.
Adam: k assalamualaikum
Aku : waa`laikumussalam.

Empat puluh lima minit kemudian

Aku tiba ditempat yang dijanjikan selepas membeli beberapa barang, aku ingatkan Adam sudah disini menungguku, namun sebaliknya. aku lebih awal darinya. Baru tangan menyeluk poket untuk mengambil handphone bagi melayangkan sms kepada Adam, nun jauh lebih kurang dua lima belas langkahan kaki dari arah kanan ku nampak gerak langkah lembut seseorang yang ku kenali gaya langkahnya itu

“Adam kenapa lambat sangat jalan tu”, jerit aku kepada Adam yang semakin dekat menghampiriku sambil ketawa kecil ku nadakan.
“Macam tak ada tenaga je jalannya”, tambah aku lagi.
Eh, taklah… jom balik, sambung Adam laju.


Aku seperti janji tadi, bertemu dengan Adam di pintu pagar kecil, namun aku bercangkung disana lima minit awal kerana tiada apa yang hendak ku beli selain sidikit barang mandian dan kordial oren kegemaranku.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang berwarna hitam gelap pada tangan kiri Adam, rupa-rupanya yang berdiri dihadapan ku sekarang ini bukan Adam yang biasa, tetapi Adam yang berjam tangan baru yang tidak salah lagi bahawa jam itulah yang ditenungnya seketika tadi.

Dengan cepat ku mengusiknya. “jam baru nampaknya, handsome sudah abang Adam ni,” gelak ku sendiri.
Jawab adam, “eh, biasa-biasa je”.

Tanpa melengahkan masa kami terus bergerak pulang ke hostel. Kami berdua berstatus pelajar. Menuntut ilmu di bumi Nilai Negeri Sembilan di bawah naungan nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Jarak dari hostel ke Giant taklah jauh sangat, hampir dalam lima belas minit kayuhan kaki romantik seorang lelaki sudah cukup untuk menyampaikan tubuh diri kesana. Langkahan pulang kami bagai hilang iramanya, Adam yang suka bercakap tiba-tiba bagaikan bisu seribu bahasa.

Dapat ku rasakan suatu keganjilan, masa pergi dan masa balik bagaikan tidak sama ‘biah’nya, bagaikan ada sesuatu yang disembunyi Adam. Itu cukup meragukan aku, dengan masa lebih kurang empat puluh lima minit yang ku tinggalkan untuknya membuatkan hadir disisiku seribu persoalan.

Tidak ku hembus sebarang soalan dan perkataan kepada Adam, takut juga di hati, takut-takut ada terbuat silap kepadanya, hanya ku nanti siulan lembut kata-katanya dahulu. Hampir enam minit berjalan, tidak sepatah pun perkataan yang singgah di mulut Adam, hinggalah sampai kami di Dataran Nilai yang baru di bina oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN), tanpa tangguhan, satu ayat tak termena-mena keluar dari mulut ku.

“Adam jom kita singgah duduk kat dataran sekejap, ana penat lah.”
Jawab Adam bernada rendah, boleh juga.
Akhirnya aku beranikan diri menghulurkan soalan kepadanya.
“Erm, Adam, kenapa  macam tak ada mood ni? Ada masalah ke? Kongsilah mana tahu ana dapat tolong.”
Jawab adam, “tak ada apa-apa, letih kot min”
“Itu bukan sebabnyakan Adam, ana tahu anta sembunyikan sesuatu dari ana,” Bisik ku sendiri.
“Adam betul ke? Cakaplah, tak kan nak sembunyi dari ana, kalau benda itu elok untuk ana tahu apa salahnya kan, tapi tak mengapa, ana akan faham jika Adam masih nak merahsiakannya.” Rajukku putus asa.

Hampir beberapa saat tiada sebarang suara dari kami berdua kedengaran, tiba-tiba,

Min maaflah, bukan apa pun, cuma diri ini rasa jahat dan tidak amanah. Suara adam yang tidak ku duga akan bercakap itu pun kedengaran kembali.

Ku bermonolog, “ kenapa Adam cakap sebegitu, adakah dia bercakap mengenai jam yang di tangannya ini? Adakah dia mencurinya? Apakah dia seorang pencuri?

“Ah, tidak mungkin,” jerit hatiku.

Dia penuntut ilmu perakaunan, walaupun bukan ilmu wahyu yang dipetiknya di taman budi Universiti Islam Malaysia seperti ku ini namun aku pasti dan yakin bahawa akhlaknya tidak seburuk dan sekeji itu.

Lidahku seolah-olah terikat, tiada apa yang mampu ku ucap ketika itu, masih dalam keadaan tertanya-tanya dan sedikit ‘kaget’.

Ruang kesunyian dan kesepian akhirnya dipecahkan Adam. Tidak ku sangka bahawa dia akan menceritakan hal yang sebenarnya. Dengan nada lembut dia memulakan bicara.

“Tadi selepas siap bayar untuk barang-barang kat kaunter ada terasa dan terdetik dihati perasaan kurang enak, rasa macam tak seperti kita datang tadi. Tapi adam buat biasa jela, buat tak kisah, sebab rasanya Dam tak ada buat benda yang salah. Selepas tu, adam keluar Giant ikut pintu sebelah yang sebelah kiri yang selepas dengan kedai buku tu. Selepas tu…”

Tiba-tiba kelancaran Adam bercerita putus tanpa penghujung, dia mendiamkan diri buat seketika waktu, aku menjangkakan apa yang ingin disampaikannya selepas ini sememangnya suatu berita yang bisa mengejutkan ku, dan dicelah-celah aku bertafakkur membayangkan kisah sebenar, tibanya Adam kembali berkata, suaranya kembali hinggap di telinga ku,

Sambung Adam, “Selepas keluar melalui pintu tu Adam ada terjumpa seorang lelaki, kalau Min perasan lah, masa Min keluar awal kalau ada tadi dia berdiri di penjuru tempat parking motosikal. Dam tengok dia rasa sebak hati, rasa nak menangis.”

Kenapa ? Tanya ku laju.

“Adam kesian tengok dia, tak tahu kenapa dia berdiri dekat situ, pakai baju t-shirt lengan pendek putih sampai ke siku, seluar panjang besar, tak tahu baju siapa yang dia pakai. Orangnya tinggi dan kulitnya agak gelap. Daripada putih matanya Dam tahu yang dia seorang yang susah.” Jawab Adam bernada sayu.

“Ya Allah, jika dia itu gerangan lelaki yang Adam maksudkan, aku juga ada terserempak dengannya,” balas hatiku.

Terang Adam lagi, Dam rasa macam bersalah je. Dah lah baru beli jam baru, kalau tak beli pun tak mengapa. Banyak lagi fungsi duit daripada dapat tengok waktu je. Tengok masa kat mana-mana pun boleh. Orang lain tak dapat makan, tak dapat minum, mereka lagi penting daripada jam ni…

Ku terkesima, sangkaanku tadi akan salah laku Adam ternyata jauh tersasar liar, ini rupanya yang menyebabkannya lemah sebadan. Tak salah lagi, mungkin sebab Islam dan Muslim selalu difikirannyalah yang membuatkannya selalu suka menyendiri dan berseorangan.

“Kau seorang Muslim yang hebat Adam.” Adam ku puji tanpa suara.

Kini tiba masanya ku pula terdiam. Tertanya ku pada diri sendiri, kenapa aku tidak merasakan apa yang dirasai oleh Adam, kerasnya hatiku. Inilah yang dikatakan berfikir pada masalah ummat yang seringkali ditonjolkan Dr. Fathi Yakan dalam bukunya “ Kenapa aku menganut agama Islam”. Bahkan aku ingat benar hadis yang diutarakan dalam buku yang ku telah khatam sebanyak dua kali mengenai perihal itu. Hadisnya berbunyi “

مَنْ أَصْبَحَ ولاَ يَهْتَمُّ

لِلمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُم.


Yang bermaksud, “Barangsiapa yang berpagi-pagi namun (yakni dalam benak fikirannya) tidak sesekali mementingkan (yakni urusan dan hal ehwal) orang Muslim yang lain, maka dia bukan daripada golongan Muslim.

Apa Di benaknya, besar memberiku kesedaran, bangkit dari lamunan, bahawa mereka memerlukan pertolongan,kerana  mereka itu pada ku dipertanggungjawabkan.
Ya Allah, selamatkanlah aku.


Hamba ALLAH
30 / april / 2011

2 comments:

  1. Best2...karya yang mnarik..bleh tingkatkan lagi ni..insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH...lg menarik jika lg ramai y mengkritik n memberi komen...terima kasih kerana sudi mmbaca blog y xsbrape ni...t free2 singgah la noh

    ReplyDelete